Assalamualaikum dan hai semua. Okay, pada hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai pengalaman saya mengembara ke pulau mutiara iaitu Pulau Pinang. Pengembaraan ini merupakan pengembaraan yang pertama saya tanpa keluarga disisi. Istimewanya pengembaraan kali ini saya lakukan bersama tiga lagi sahabat saya iaitu Azmina, Mardhiah dan juga Maisarah.
Disebabkan saya mempunyai sahabat yang sudah bekerja dan menetap di negeri tersebut ini memudahkan perjalanan kami ke sana. Seingat saya sekitar jam 5.30 pagi pada tarikh 28/1/2018 saya sudahpun bangun untuk bersiap-siap sebelum bergerak ke Pulau Pinang. Dari Padang Rengas saya dan sahabat-sahabat saya menaiki komuter untuk ke Bukit Mertajam. Tambang komuter tersebut sangat murah dan kami juga dapat menjimatkan masa untuk ke sana.
1.0 Gambar ini diambil semasa saya, Azmina dan Mardhiah
dalam perjalanan menuju ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam.
Sesudah sampainya kami di Stesen Keretapi Bukit Mertajam kami telah disambut oleh seorang lagi sahabat kami iaitu Maisarah. Sudah hampir setahun dia tinggal dan bekerja di sini. Sudah pasti pada pertemuan itu kami berempat berpeluk sambil ketawa riang kerana akhirnya dapat juga kami berjumpa setelah membuat beberapa kali perancangan untuk ke sana.
1.1 Gambar ini dirakamkan selepas Maisarah mengambil
kami daripada stesen keretapi.
Disebabkan terdapat pelbagai kenangan yang saya ingin kongsikan kepada para pembaca semua makanya pengembaraan ini akan diceritakan pada entri yang berikutnya. - Bersambung-