BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Pengalaman
mengikuti kuliah BBN3402:
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera semua,
Di sini saya ingin berkongsi dengan awak semua mengenai pengalaman
saya mengikuti kuliah BBN3402 iaitu Penterjemahan Berbantukan Komputer. Okay
saya rasa ramai yang tidak mengetahui tentang kursus ini. Nama pon panjang dan
saya pada mula-mula tu dapat agak yang kursus nie banyak menggunakan komputer. Tak
sangka telahan saya betul(dah terang lagi bersuluh nama kursus pon dah mention
perkataan komputer kan) dan dalam masa
yang sama juga kami yang ambik kursus nie kene memang tak sangka akan dapat
lecturer yang garang dan tegas huhuhu. Saya ingatkan kursus ni cara
pembelajaran dia agak rilek rupa-rupanya tidak sama sekali ye…
Masa awal-awal kelas dulu agak struggle jugak la nak follow rentak
lecturer yang ajar kursus nie. Bila isnin je rasa macam ya Allah serabuttnya
hidup (aku) nak siapkan kerja yang diberi setiap minggu. Mula-mula buat tu
memang macam siput la lambat bebeno bila nak siapkan tugasan tu tapi bila dah makin
lama ikut kursus nie dah tak terasa apa dah. Otak pon dah boleh berfungsi
dengan ligan bila buat kerja. Walaupun lecturer agak garang dan tegas tapi saya
bersyukur sangat sekurang-kurangnya saya dapat belajar sesuatu dari lecturer
Prof Dr Normaliza. Pernah juga la saya kena marah dengan Prof pasal tugasan
huhuhu. Masa tu nak menangis pon ada tapi hati kena kuatla nama pon pelajar universiti
tak kan la kene marah sikit nak nangis ahahahah.
Tapi pada saya la kan Prof tegas sebab nak kita sebagai pelajar ni
jadi orang yang berdisiplin dan boleh siapkan keje dalam masa yang Prof dah
tetapkan. Almaklum la nak jadi penterjemah kan kene la bersusah-susah dahulu
bersenang-senang kemudian. Melalui kerja yang Prof bagi saya rasa skill
terjemahan saya mengalami peningkatan. Walaupun tak banyak seperti orang lain
tapi saya rasa bersyukur sangat dapat mengikuti kursus ni. Rakan-rakan sekuliah
juga banyak membantu semasa saya mengikuti kursus ni. Semua jenis yang suka
berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dan mereka tak pernah lokek berkongsi
ilmu masing-masing.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Prof serta rakan-rakan seperjuangan saya yang lain. Banyak kenangan yang saya
perolehi semasa mengikuti Kurusu ini . Didoakan juga supaya Prof sentiasa
dibawah naungan rahmat Allah swt atas kesungguhan dalam mengajarkan kami ilmu.
Terima
kasih Prof!!
Post blog mengikut minggu:
MINGGU 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan