Jumaat, 18 Disember 2020

 BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM


Berikut merupakan tugasan individu minggu 4 berkaitan ALIM :

Alim Mustaqimbillah telah dibesarkan di United Kingdom selama 6 tahun kerana mengikuti ibunya yang belajar di sana. Oleh kerana dibesarkan di United Kingdom Alim menghadapi masalah untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Setelah pulang ke Malaysia Alim tidak boleh untuk membaca dalam Bahasa Melayu. Selama 6 bulan Alim diajar mengenai suku kata dalam Bahasa Melayu dan perlu masuk ke kelas pemulihan. Sekarang Alim sudah berumur 21 tahun dan sudah berjaya masuk ke UITM dalam bidang interpersonal communication. Asalnya Alim hendak menjadi pakar psikologi. Akan tetapi Alim bukanlah pendengar yang baik yang mana untuk menjadi pakar psikologi perlu menjadi pendengar yang baik. Pada suatu hari, Ibu Alim menyuruh Alim untuk mengepos surat ke Singapura. Sebelum itu, Alim perlu pergi ke pejabat pos untuk membeli setem sebelum melakukan proses penghantaran surat melalui pengeposan. Selepas 15 minit, Alim memberitahu ibunya yang dia menghadapi kesukaran untuk melekatkan setem pada surat berkenaan. Akhirnya, Alim berjaya melekatkan setem tersebut dan surat itu berjaya dipos ke Singapura.


Kehadiran minggu 4:


NOR AISHAH BINTI MOHD NASIR (194602)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan