BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1)
Pai Ayam Periuk IX
⭐⭐⭐⭐⭐ 12,855 Penilaian | 9,056 Ulasan | 2,325 Gambar
Pai ayam yang enak dibuat dengan lobak merah, kacang pea dan saderi.
Persediaan Memasak:
20 minit
Tempoh Memasak:
50 minit
Jumlah:
1 jam 10 minit
Hidangan:
8
Lebihan:
1 9-inch pai
Bahan-Bahan:
Senarai semak bahan-bahan:
- 1 Bahagian dada ayam tanpa kulit 1 paun - potong dadu
- 1 cawan lobak merah yang dihiris
- 1 cawan kacang hijau beku
- ½ cawan saderi yang dihiris
- ⅓ cawan mentega
- ⅓ cawan bawang cincang
- ⅓ cawan tepung serbaguna
- ½ sudu teh garam
- ¼ sudu teh lada hitam
- ¼ sudu teh biji saderi
- 1 ¾ cawan kiub pati ayam
- ⅔ cawan susu
- 2 (9 inch) kerak pai yang belum dibakar
Cara-Cara:
Senarai
semak:
- Langkah 1
Panaskan
ketuhar pada suhu 220 c .
- Langkah 2
- Dalam periuk, gabungkan ayam, lobak merah, kacang , dan saderi. Masukkan air untuk menutup dan rebus selama 15 minit. Angkat dari api, toskan dan ketepikan.
- Langkah 3
- alam periuk di atas api sederhana, masak
bawang dalam mentega hingga lembut dan lut. Masukkan tepung, garam, lada,
dan biji saderi. Kacau perlahan perapan ayam dan susu. Didihkan dengan api
sederhana-rendah hingga pekat. Angkat dari api dan ketepikan.
- Langkah 4
- Letakkan campuran ayam di kerak pai bawah. Tuangkan campuran cecair panas ke atas. Tutup dengan kerak atas, tutup segel, dan potong adunan yang berlebihan. Buat beberapa celah kecil di bahagian atas untuk membolehkan wap keluar.
- Langkah 5
Bakar dalam
ketuhar yang telah dipanaskan selama 30 hingga 35 minit, atau sehingga pastri
berwarna perang keemasan dan isinya menggelegak. Sejukkan selama 10 minit
sebelum dihidangkan.
Fakta Nutrisi
Per Hidangan :
412 kalori;
18.4g protein; 30.4g karbohidrat; 23.9g
Lemak ; 54.9mg kolesterol; 517mg garam.
Allrecipes. (2020). Miriam's Not-So-Secret Challah. Dicapai pada Disember 28, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/26317/chicken-pot-pie-ix/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan