Jumaat, 18 Disember 2020

 BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

Tugasan individu minggu 6:

Semasa Prof belajar di luar negara dahulu di United Kingdom, Prof mencari rumah sewa yang berdekatan dengan kedai-kedai Pakistan sebab senang untuk mendapatkan makanan halal. Bukan prof sahaja yang berfikiran untuk mencari rumah sewa berdekatan kedai-kedai tersebut untuk memudahkan Prof mendapatkan makanan halal malah terdapat ramai lagi pelajar Malaysia yang turut sama mencari rumah sewa di kawasan situ. Apabila Prof tiba di United Kingdom terdapat persatuan yang menjemput Prof daripada lapangan kapal terbang kerana untuk sampai ke tempat yang Prof akan duduki mengambil masa selama 4 jam perjalanan daripada London. Apabila Prof sampai di kawasan itu, Prof dapati terdapat ramai masyarakat Melayu di situ dan kawasan tersebut juga terdapat banyak kedai-kedai Pakistan jadi makanan halal sangat mudah untuk didapati dan pada ketika itu nak pergi sembahyang jumaat juga mudah terdapat masjid yang berhampiran. Akan tetapi terdapat masalah untuk berkomunikasi apabila terdapat banyaknya komuniti Melayu di situ. Sebagai contohnya, di Malaysia terdapat ramai Melayu jadi apabila kita berselisih di lif atau di jalan raya kalua kita tidak menegur tidak mengapa ini disebabkan kita majoritinya orang Melayu. Disebabkan di UK komuniti melayu sedikit apabila ke pasaraya dan kita ternampak kelibat orang Malaysia kerana orang Malaysia berdisiplin, memakai tudung dan cara mereka kita kenal yang mereka ini orang Melayu. Jadi bila kita tahu yang mereka orang Melayu ada segelintir daripada mereka cuba mengelak daripada berjumpa atau bertembung sesame sendiri sedangkan kita tahu mereka itu orang Malaysia. Prof pernah menegur, memberi salam dan terlebih peramah. Akan tetapi ada diantara mereka ini yang tidak suka ditegur dan mereka akan pandang ke tempat lain dan terus berjalan. Kemudian Prof berkiran mungkin orang tersebut bukan Malaysia mungkin dari Brunei. Padahal boleh saja menjawab ‘saya bukan orang Malaysia’ atau mungkin orang Indonesia. Tetapi orang Indonesia memang Prof tidak pernah jumpa di sana. Kebanyakkan di sana orang Singapura, Malaysia dan juga Brunei tetapi tidak ramai. Prof mendapati walaupun kita di negara orang kita sangat berbangga sebab adanya orang Malaysia bersama kita dan tidak semua hendak bercakap serta menerima teguran ataupun hendak berkawan dengan kita. Kemudian bila Prof berjumpa dengan orang Malaysia Porf akan buat tidak tahu. Prof berfikiran mungkin orang yang Prof tegur itu pernah mengalami nasib yang sama seperti Prof dahulu dan mengambil jalan iaitu lebih baik jangan bercakap.Prof tidak berkecil hati kerana itulah lumrah kehidupan. Prof juga pernah terjumpa artis Malaysia yang berkahwin dengan orang luar negara walapun respon artis tersebut terkejut tapi dia tidaklah sombong. Mat salih juga tidak suka orang Malaysia yang terlalu ramai disana. Kesimpulannya, kita perlulah lebih menghargai orang dalam masa yang sama.



Kehadiran minggu 6:


NOR AISHAH BINTI MOHD NASIR (194602)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan