Selasa, 5 Januari 2021

 BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS



NOR AISHAH BINTI MOHD NASIR 194602


Masihkah Kau Ingat?

1.  Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

Huraian: Sebuah tesis yang berkualiti ialah tesis yang dibuat dengan menggunakan gaya penulisan yang tersendiri serta tidak meniru mana-mana tesis yang sedia ada. Elakkan menyalin tanpa meletakkan rujukan kepada sesuatu idea yang diambil daripada artikel atau buku.

 

2.     Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

Huraian: Tesis yang telah disiapkan perlulah disemak terlebih dahulu melalui platform Turnitin atau platform yang lain untuk mengesan sekiranya berlaku plagiat dalam sesebuah tesis sebelum dihantar kepada penyelia mahupun jurnal.


3.      Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

Huraian: Setiap rujukan yang dilakukan perlulah melalui rujukan utama serta rujukan sekunder perlulah dielakkan kerana rujukan utama lebih penting. Sesuatu penulisan artikel yang diambil perlu merujuk kepada rujukan utama untuk menggelakkan berlakunya plagiat dalam penulisan tesis.

 

4.  Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

Huraian: Untuk menghasilkan tesis yang baik serta berkualiti pelajar mahupun seseorang individu itu perlulah sentiasa menambah pengetahuan dengan membaca artikel dalam kuantiti yang banyak supaya pelajar atau individu tersebut faham serta arif dalam kajian yang sedang atau telah dilakukan.

 

5.      Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

Huraian: Dengan mengikuti seminar serta persidangan pelajar juga dapat menambah maklumat dalam melakukan tesis ini kerana untuk memantapkan lagi pemahaman serta menambah pengetahuan pelajar dalam selok belok penghasilan tesis yang baik.


6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

Huraian: Sebagai pelajar , pensyarah merupakan individu yang paling dekat. Jadi gunakan kesempatan ini untuk bertanya kepada pensyarah sekiranya terdapat kemusykilan dalam menyiapkan tesis yang dijalankan. Ini kerana pensyarah merupakan seorang individu yang mahir serta arif dalam bidang akademik masing-masing. Pelajar juga diingatkan supaya tidak berbincang dengan pelajar lain kerana ilmu pelajar kadang kala terbatas.


7.   Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman – bacelor dan Master; 50 halaman –PhD), Bab 3 (10-12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

Huraian: Pada bahagian ini, semuanya berdasarkan kepada pensyarah atau penyelia masing-masing. Namun kebiasaannya, untuk bacelor dan master 30 halaman manakala pelajar PhD pula 50 halaman. Perkara ini sangat dititikberatkan oleh pensyarah mahupun penyelia di universiti.

 

8.   Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

Huraian: Pada bahagian halaman untuk keseluruhan tesis perlulah mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pensyarah ataupun penyelia masing-masing. Ini kerana, pada peringkat bacelor halaman yang disarankan sebanyak 80 halaman, pelajar master pula 81-150 halaman dan 151-240 untuk PhD. Semua ini adalah tertakluk kepada pensyarah, fakulti dan universiti.


9.     Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

Huraian: Setiap pelajar perlu membuat perancangan supaya tesis dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Hal ini adalah kerana, sekiranya pelajar tidak membuat perancangan yang teliti tidak mustahil pelajar akan menghadapi masalah untuk menyiapkan tesis serta kajian yang dilakukan mungkin kurang memuaskan .


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.





KEHADIRAN MINGGU 11


NOR AISHAH BINTI MOHD NASIR (194602)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan