Selasa, 30 April 2019

Minggu 5



Pada kali ini saya ingin menyambung kembali mengenai perjalanan saya dan kawan-kawan saya ke Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang. Sementara hari masih lagi pagi , Maisarah membawa kami bertiga untuk menikmati sarapan di sebuah warung yang terdapat di Bukit Mertajam. Walaupun warung tersebut kecil dan daif namun berpusu-pusu pelanggan datang untuk menikmati juadah yang disediakan.

                                                             
                                                   1.0 Inilah juadah yang telah kami pesan semasa
                                                                                             sarapan.

Selepas selesai menikmati sarapan kami, kami bergerak ke bahagian pulau untuk pergi ke Penang Street Art yang terdapat di George Town. Tempat ini merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang wajib dikunjungi sekiranya datang ke Pulau Pinang. Disini aktiviti yang kami lakukan adalah merakam kenangan dan gambar bersama-sama.







1.1 Gambar di sekitar kawasan Penang Street Art.

Kami meneruskan lagi perjalanan ke Batu Feringhi untuk menikmati suasana pantai di kawasan tersebut. Sambil menikmati suasana tersebut kami juga sempat berborak mengenai indahnya ciptaan yang telah dilakukan oleh Sang Pencipta. Setelah penat berborak, tiba-tiba perut terasa lapar kembali. Jadi kami telah bersepakat untuk menjamu selera di Restoran Kapitan yang terletak di George Town. Sedap sungguh nasi kandar dekat restoran ini. Memang kena dengan tekak kami berempat.




1.2 Sedap serta harga yang sangat berpatutan.

Kami menjamu selera dengan penuh rasa syukur dengan hati kerana dapat menikmati keenakan nasi kandar ini. Bukan selalu kami dapat peluang untuk menjamah nasi kandar original dari Pulau Pinang.
Seusai makan kami terus bergerak ke Kedai Jeruk Madu Pak Ali untuk membeli sedikit buah tangan sebelum pulang ke Perak.



  1.3 Bergambar dahulu sebelum Maisarah menghantar kami bertiga ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam untuk pulang ke                                                                        Perak.                                                 

Alhamdulillah walaupun tidak banyak masa yang dapat kami luangkan bersama. Namun, kami bersyukur kerana segala apa yang telah kami rancang berjalan dengan lancar. Sebenarnya terdapat banyak lagi tempat yang tidak sempat kami lawati disebabkan oleh kekurangan masa. Apa-apa pun perjalanan kami berempat ke Pulau Pinang ini pastinya menjadi memori yang sangat berharga untuk kami berempat. 

Sekian, terima kasih.