Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Untuk minggu ini saya ingin berkongsi dengan anada semua mengenai puisi yang telah ditulis oleh SN Datuk Dr Zurinah Hassan.
Ahad, 19 Mei 2019
Jumaat, 17 Mei 2019
Minggu 13
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Untuk minggu ini saya ingin berkongsi mengenai biodata sasterawan negara yang ke13 iaitu Datuk Dr Zurinah Binti Hassan.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Untuk minggu ini saya ingin berkongsi mengenai biodata sasterawan negara yang ke13 iaitu Datuk Dr Zurinah Binti Hassan.
Nama : ZURINAH BINTI HASSAN
Gelaran : SN Datuk Dr.
Tarikh Lahir : 13 Jun 1949
Tempat : Bakar Bata, Alor Setar, Kedah
Alamat Tetap : No.2, Jalan Pinggir, 8/1L, Seksyen 8,
40000 Shah Alam, Selangor.
E-mel : zurinahhassan@gmail.com
Blog : Interprestasi/ On Malaysian Literature
Ahad, 12 Mei 2019
Minggu 12
Saban hari negara kita digemparkan dengan berita pembuangan bayi yang kini sudah menjadi polemik dalam masyarakat. Seharusnya perkara ini perlu dihindari serta dibendung oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab serta individu itu sendiri.
Statistik menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan kes pembuangan bayi setiap tahun. Masalah ini sememangnya sudah menjadi wabak sangat berbahaya jika tidak dibendung. Sebagai sebuah negara yang majoriti penduduk didalamnya beragama Islam kita perlu ada kesedaran untuk membasmi masalah ini.
Jika bukan diri kita sendiri siapakah lagi yang akan mengambil tahu mengenai masalah ini. Justeru itu, marilah sama-sama kita memelihara kesejahteraan serta menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang mendorong kepada aktiviti-aktiviti seperti ini.
Sekian, terima kasih.

Sabtu, 11 Mei 2019
Minggu 11
Pada tanggal 15 Mac 2019 dunia telah digemparkan mengenai pembunuhan yang berlaku di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand. Angka kematian serangan ganas di masjid tersebut adalah seramai 50 orang termasuk seorang rakyat Malaysia.
Seluruh dunia berduka cita terhadap tragedi tersebut. Sememangnya pembunuh telah menjadikan sasaran bagi serangan tersebut. Sesungguhnya peristiwa tersebut membuktikan bahawa terdapat juga individu di dunia ini bersikap lagi teruk daripada syaitan.

Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terlibat.
Khamis, 9 Mei 2019
Minggu 10
Sajak rekaan saya sendiri :
Sajak rekaan saya sendiri :
SAHABAT
Kau kata aku sahabat,
Susah dan senang kita bersama,
Kala aku ditimpa bencana,
Kau hulur tangan yang mesra.
Kau kata aku sahabat,
Bergurau senda teman kita,
Tangis dan hiba adalah penguat kita,
Walau diduga kau aku tetap bersama.
Namun kini,
Entah dimana silapnya aku,
Kau makin kian menjauh,
Sepertinya ada tembok yang teguh,
Apakah aku bersalah? Wahai sahabat.
Aku rindu kau sahabat lillahitaala.
Rabu, 8 Mei 2019
Minggu 9
Sajak rekaan saya sendiri :
Sajak rekaan saya sendiri :
SEPATU BIRU
Engkau hadir bagaikan sinar,
Memberi seribu rahmat kepada
manusia,
Reka bentuk kau yang pelbagai
menawan hati si pemakai,
Itulah kau si sepatu biru.
Penyelamat sang kaki dikala panas
hari,
Memberi perlindungan dikala dingin
hari,
Namun, pernahkah engkau terasa
dihargai?
Oleh si pemakai yang bongkak
hatinya.
Kerana kedudukan kau dibawah,
Kau telah dilayan dengan rakusnya,
Tidakkah wujud sekelumit perasaan
kasihan?
Tercalar tubuhmu si sepatu biru.
Isnin, 6 Mei 2019
Minggu 8
Sajak rekaan saya sendiri :
Sajak rekaan saya sendiri :
KOTA
RAYA
Dahulunya kau bersih dari noda,
Amal makruf nahi mungkar menjadi
pedoman,
Dek hasutan si nafsu durjana,
Kau kian dicemari titik-titik hitam
para pendosa,
Amaran Tuhanmu tidak engkau
endahkan,
Sepertinya tempat ini kau yang
punya,
Apa lagi yang kau mahu rosakkan,
Kejadian Tuhanmu yang indah ini,
Apakah satu dugaan untuk kau si kota
raya?
Harapanku sandarkan pada kau moga
ada sinar yang baru.
Jumaat, 3 Mei 2019
Minggu 7
Sajak rekaan saya sendiri :
Sajak rekaan saya sendiri :
HUJAN
Hujan,
Turunnya kau
membawa rahmat,
Keindahannya
sungguh menawan.
Hujan,
Turunnya kau
menyembuhkan hati yang sedang berduka,
Menjernihkan
air yang keruh,
Burung-burung
berkicauan indah,
Tumbuh tumbuhan
mekar menghijau.
Hujan,
Jika suatu hari
nanti kau tiada,
Apalah nasib
kami di bumi ini,
Kering
kontanglah bumi yang subur ini.
Hujan,
Maafkanlah
saudara-saudara kami,
Yang menjadi
penyebab kepada ketiadaanmu,
Sungguh kami
begitu leka dalam dunia ini.
Rabu, 1 Mei 2019
Minggu 6
Sajak rekaan saya sendiri mengenai " Perwira "
Sajak rekaan saya sendiri mengenai " Perwira "
PERWIRA
Jasamu begitu
tinggi sekali,
Tidak ada yang
lebih berani dari darimu,
Ketika diserang
musuh,
Kau tetap gagah
berada di hadapan.
Tidak gentar
mahupun takut dengan ancaman musuh,
Kau terus
mengorak langkah mengalahkan seterumu,
Ada yang lari
ada yang masih meneruskan perjuangan,
Tetapi, kau
masih disitu menghadapi musuhmu.
Sang seteru
inginkan nama,
Kau pula
inginkan redha-Nya,
Sungguh berbeza
matlamat perjuanganmu wahai perwira,
Moga jannah
menjadi tempatmu.
Langgan:
Catatan (Atom)