Ahad, 12 Mei 2019

Minggu 12



Saban hari negara kita digemparkan dengan berita pembuangan bayi yang kini sudah menjadi polemik  dalam masyarakat. Seharusnya perkara ini perlu dihindari serta dibendung oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab serta individu itu sendiri.

Statistik menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan kes pembuangan bayi setiap tahun. Masalah ini sememangnya sudah menjadi wabak sangat berbahaya jika tidak dibendung. Sebagai sebuah negara yang majoriti penduduk didalamnya beragama Islam kita perlu ada kesedaran untuk membasmi masalah ini.

Jika bukan diri kita sendiri siapakah lagi yang akan mengambil tahu mengenai masalah ini. Justeru itu, marilah sama-sama kita memelihara kesejahteraan serta menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang mendorong kepada aktiviti-aktiviti seperti ini.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan