Rabu, 27 Februari 2019

Minggu 3

Acap kali negara kita digemparkan mengenai kes rasuah yang kini semakin menjadi barah dalam masyarakat Malaysia. Kes rasuah ini melibatkan pelbagai pelbagai bangsa termasuklah Melayu, Cina, India dan lain-lain. Hampir setiap hari ada sahaja berita mengenai rasuah yang melibatkan kakitangan kerajaan disiarkan di kaca televisyen dan lain-lain. Pastinya ini akan memburukkan sesebuah imej institusi kerajaan itu sendiri.



Dimanakah etika serta integriti bagi seseorang kakitangan kerajaan yang mengambil rasuah daripada individu-individu mahupun daripada badan-badan korporat di negara ini. Jika dibiarkan tanpa sebarang kawalan daripada pihak yang berwajib pastinya kes seperti ini akan menjadi semakin rumit dan membimbangkan.

Justeru itu, saya sangat berharap agar pihak kerajaan khususnya untuk sentiasa memantau serta cakna terhadap perkara ini. Kita tidak mahu masyarakat kita pada hari ini terus terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat ini.

Akhir kata, ayuhlah sama-sama kita membasmi masalah rasuah di negara kita ini supaya kesemua masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. 

Sekian, terima kasih.

Khamis, 21 Februari 2019

Minggu 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini negara kita telah digemparkan dengan kes pembunuhan yang sangat tragis dan menyayat hati yang berlaku kepada adik Siti Masitah, yang berusia 11 tahun di Pekan, Pahang. Kes ini sangat menyentuh hati dan emosi orang-orang awam. Masakan budak yang baru berusia 11 tahun diperlakukan sebegitu sedangkan beliau sepatutnya dibelai dengan kelembutan dan bukannya kekejaman yang melibatkan pembunuhan.


Pada pandangan saya manusia yang melakukan perbuatan ini ibarat syaitan yang begitu rakus menghasut manusia. Tidakkah wujud sekelumit perasaan kasihan dan perikemanusiaan didalam lubuk hatinya itu. Akibat penyalahgunaan dadah yang dilakukan oleh si pembunuh adik Siti Masitah menjadi mangsa si durjana.

Sukar untuk difikir dek akal kewarasan manusia mengapakah masih wujudnya spesis manusia seperti ini diatas muka bumi ini. Hukuman yang setimpal perlu dijatuhkan ke atas pesalah. Pastinya peristiwa ini meninggalkan seribu satu kesan yang sangat memilukan kepada seluruh keluarga adik, Siti Masitah. Saya berharap agar keluarga adik, Siti Masitah ini tabah dalam menghadapi ujian yang begitu berat ini.

Sampai disini sahaja penulisan saya pada hari ini mengenai adik, Siti Masitah. Semoga engkau tenang di sana. Al-Fatihah.

Jumaat, 15 Februari 2019

Minggu 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera  kepada para pembaca sekalian. Pada minggu ini saya ingin melakukan kritikan terhadap novel popular " Lafazkan Kalimah Cintamu " yang telah dikarang oleh penulis hebat iaitu Siti Rosmizah.



Pada pandangan saya jalan cerita novel ini sangat rumit dan jelas sekali sangat bertentangan dengan tujuan sesebuah novel itu ditulis. Terdapat juga jalan cerita yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh penulis. Ini jelas menunjukkan bahawa, pada masa kini penulis lebih  cenderung untuk menulis perihal cerita cinta dan kemewahan berbanding dengan realiti kehidupan yang sebenar.

Penulis novel juga menekankan isu kekeluargaan yang sangat ekstrem dan tidak sihat kepada para pembaca. Meskipun, terdapat juga realiti yang berlaku seperti didalam novel ini namun, penulis tidak seharusnya menjadikan hal tersebut untuk melariskan buku yang ditulis olehnya.

Itu sahaja kritikan yang saya dapat kongsikan dengan para pembaca untuk minggu ini. Saya berharap agar kritikan saya ini tidak menyinggung mana-mana pihak yang berkenaan. Sekian, terima kasih.