Khamis, 21 Februari 2019

Minggu 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini negara kita telah digemparkan dengan kes pembunuhan yang sangat tragis dan menyayat hati yang berlaku kepada adik Siti Masitah, yang berusia 11 tahun di Pekan, Pahang. Kes ini sangat menyentuh hati dan emosi orang-orang awam. Masakan budak yang baru berusia 11 tahun diperlakukan sebegitu sedangkan beliau sepatutnya dibelai dengan kelembutan dan bukannya kekejaman yang melibatkan pembunuhan.


Pada pandangan saya manusia yang melakukan perbuatan ini ibarat syaitan yang begitu rakus menghasut manusia. Tidakkah wujud sekelumit perasaan kasihan dan perikemanusiaan didalam lubuk hatinya itu. Akibat penyalahgunaan dadah yang dilakukan oleh si pembunuh adik Siti Masitah menjadi mangsa si durjana.

Sukar untuk difikir dek akal kewarasan manusia mengapakah masih wujudnya spesis manusia seperti ini diatas muka bumi ini. Hukuman yang setimpal perlu dijatuhkan ke atas pesalah. Pastinya peristiwa ini meninggalkan seribu satu kesan yang sangat memilukan kepada seluruh keluarga adik, Siti Masitah. Saya berharap agar keluarga adik, Siti Masitah ini tabah dalam menghadapi ujian yang begitu berat ini.

Sampai disini sahaja penulisan saya pada hari ini mengenai adik, Siti Masitah. Semoga engkau tenang di sana. Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan